Thursday, June 22, 2006

"Saya Tak Boleh Hidup Tanpa Awak"

Aku tengok sekarang makin menjadi2 kes keluar couple bagai nak rak..kendian putus ditengah jalan..kengkadang tak sampai tengah jalan pun dah putus bercerai berai..lebih malang lagi.. dah nak sampai kegarisan mula [nak kawin] pun putus..

semua nie salah sapa? lelaki ker pompuan?? hehehe..aku tak nak tuduh sesapa..lagi pun aku ultraman..terkeluar dari kategori lelaki manusia..tak guna kalau aku backup lelaki sangat..sebab laki ultraman beza ngan laki manusia...laki manusia pandai berkata-kata sebab mulut dia lawa..aku sebagai laki ultraman..mana ada mulut lawa..mulut yang ada nie pun tak leh nak bukak..tak caya?? tengok ntv 7..mulut ultraman mana leh bukak??...nak menguap pun susah!!..aku cuma boleh mengarang / menaip...itu pun tak pandai..dan tak selawa ayat lelaki manusia...

cuma aku nak tanya pompuan satu perkara..yang aku jelas nampak dalam kebanyakkan pompuan bercinta [terutama yang penah ngadu masalah kat aku] ..ayat yang selalu dan muak aku dengar ialah "AKU TAK BOLEH HIDUP TANPA DIA..AKU TERLALU SAYANGKAN DIA"..sudah sudah la guna ayat retorik nie...orang lelaki pun tau...dan si tuan punya diri yang ungkapkan ayat nie pun sedar..ayat nie tak lebih dari ayat ultra emosional..[tak leh jadi ultraman..leh keluar ayat ultra pun jadi kot?] yang bukan berlandaskan pikiran atau jiwa yang waras..

Percaya lah wahai kaum perempuan manusia..yang kesilapan anda mengeluarkan ayat ini pada lelaki yang anda cinta..sebelum lelaki itu berhak kepada anda secara sah hanya akan membuahkan kebaikkan sementara [ yang aku kira tak sampai pun setengah jam ] dan akan mengundang bencana berkekalan...percaya lah...

Orang lelaki manusia..adalah dilahirkan sebagai pemimpin...walau macam mana pun sifat dia..dia tetap akan teruja dan berasa besar jika ada orang yang telah berjaya dia kuasai..ini memang naluri semulajadi lelaki..

lelaki mungkin akan cair dengan ayat diatas hanya untuk beberapa ketika..tapi lepas tu ego dia akan naik...yer la..ayat tu dah bermakna si perempuan terlalu perlukan dia.. [sebab tak boleh hidup tanpa "dia" tu bermakna macam anda memerlukan oksigen..nyawa..anda musti sanggup bayar apa saja harganya demi memastikan anda terus hidup..]..konsepnya sama dengan lelaki...bila dia dengar ja ayat macam tu..dari seorang lelaki yang baik..dia mungkin boleh berubah sedikit demi sedikit untuk menguasai anda..atau mengambil hak anda yang tak sepatutnya dia ambil..sebab?? dia tau anda perlukan dia..dan anda tak boleh hidup tanpa dia..untuk terus hidup bersama dia..anda perlu membayar harga yang si lelaki sendiri tentukan...percaya atau tidak?? kalau tak percaya berenti baca post nie stakat nie aja..sebab sia2 ja masa baca..

lagi satu..kesan ayat nie..lelaki akan lebih konfiden dengan kemampuan dia melemahkan perempuan [ memikat / mencairkan perempuan ]..tambahan kalau anda orang pertama yang ucapkan ayat seumpamanya..kecenderungan lelaki untuk mengetest powernya kepada perempuan lain semakin tinggi setiap kali ayat nie diulang dengarkan kepada dia.. -- ini fakta psikologi yang aku sniri buat -- sebabnya...lelaki memang suka tengok perempuan cair kerana dia..lumrah..itu meningkatkan ego lelaki yang sedia ego,...dan semakin kerap perempuan ulang ayat nie..makin hari lelaki akan makin jemu [terhadap perempuan yg sama]...terutama jika si perempuan dah tak ada harga yang setimpal untuk dibayar [paham maksud aku?]..percaya atau tidak, kalau dah jadi sampai tahap nie peluang untuk seorang perempuan bernama awek kesayangan si lelaki tadi akan dengan mudahnya ditinggalkan...mana best nak dengar ayat yang sama ulang2..nak dapat benda yang sama kerap2..[itu perkara yang selalunya dipikirkan oleh lelaki buaya..hehehe]

sebenarnya ke'buaya'an lelaki adalah didorong hampir 80% oleh respon perempuan..kalau seorang perempuan tu pandai kawal emosi si lelaki..tak mustahil lelaki tu akan terus jadi pecinta yang setia kepada si perempuan..cumanya elakkan dari ayat2 yang menyusahkan diri perempuan sniri...aku bukan nak ajaq perempuan jadi queen control..tapi cuba jadi perempuan yang kuat..yang boleh mencabar kemampuan lelaki..baru best..lelaki sukakan cabaran beb...

ayat "SAYA TAK BOLEH HIDUP TANPA AWAK/ABANG/YOU" memang ada kesannya yang positif...tetapi..itu semua bila dah kawin aja..sebab bila dah kawin mengikut satu kajian psikologi [menurut bacaan aku] emosi lelaki akan berubah..time tu dia akan lebih hargai dan akan cuba bertindak sebagai pengawal haknya..time nie la baru ayat2 puitis tu leh digunakan..bagi menunjukkan anda terlalu suka menjadi hak si lelaki... :') tak caya try bila dah kawen..kalau tak berkesan meh cari aku..aku check kat mana silap..hehehe..

aku bagi contoh skit sebelum aku selesaikan post aku kali nie...korang ambik Siti Nurhaliza sebagai contoh..kenapa ramai sangat lelaki yang tergila2 kan dia?? pasal dia cantik? [ramai lagi artis dan perempuan yang lebih cantik], pasal dia sopan [ banyak lagi orang yang sopan ], pasal dia kaya?? [huk aloh sebelum dia kaya (masa memula menyanyi dlu) pun dah ramai lelaki yang tangkap syok gegiler kat dia]..kesimpulan yang aku buat dari fenomena nie ialah..sebab siti nurhaliza pandai jual mahal..pandai letak harga / nilai diri dia..dia tak cakap saya sayang lelaki nie..saya cinta pada dia itu..apa yang dia komen kalau ada jodoh dia kawen..itu komen yang dia slalu bagi..itu menunjukkan dia tak terlalu berharap kat lelaki..walau ada perasaan nak kawen..dia tetap tunjuk dia tak tergedik2 nak kawen...itu mahalnya...orang lelaki kalau benda tu payah dapat lagi dia suka...sebab itu memberi kesan secara langsung kepada ego si lelaki...makin mahal / payah sesuatu benda nak dapat..makin bangga orang yang dapat...aku jamin...kalau siti nurhaliza lepas nie berubah stail ayat dia...tak kurang dari 50% lelaki yang meminati dia akan beralih arah...heheehheheh

JADI..renungkan lah sniri hai perempuan manusia...aku ultraman tak dak masalah...keluarga ultraman..lelaki yang ada bini / orang perempuan disisi tak banyak..father Of ultra ada mother..ultraman 80 ada yullian..yang lelain tu banyak solo..sebab lelaki ultraman menjaga ego dengan menyelamatkan manusia dan kaum/bangsa kami..perempuan ultraman pulak lebih senang uruskan kampung halaman kami yang tercinta..mana ada masa nak couple..tapi aku sebagai ultraman ace dah ada minami disisi..walaupun tak selalu bersama..sebab minami manusia bulan aku ultraman...kami tetap mengingati..dan minami tak penah kata nak mati bila aku tak pi jumpa dia sebab sibuk ngan urusan manusia2 bumi...sebab tu sampai sekarang aku stay ngan minami..aku tau dia perempaun kuat..yang takkan mati hanya sebab aku tinggalkan dia...dia boleh pikul tanggungjawab..itu semua amat berguna untuk masa depan..terutamanya mungkin apabila ianya melibatkan tugas mendidik zuriat menjadi ultraman berjaya...

peace dari aku..
khas untuk direnungi manusia2 bumi..yang cuba menjadi ultraman sakti...

No comments:

Post a Comment